Monday, December 17, 2007

AKTIVITI MENGUTIP KERANG

Sempena cuti Hari Keputeraan Sultan Selangor amirul dan kengkawan dekat rumah pergi mengutip kerang di pantai remis. ramai jugak jiran2 terdekat yang join sekali.. hari tu kami bertolak pada pukul 8.30pagi dan air laut surut pada pukul 9.30 pagi .. kami berjaya mengutip setengah baldi saja maklumlah orang baru belajar mengutip ditambah dengan kerenah amirul yang takut anak ketam dan siput yang merayap dalam air. malam tu kami semua sibuk membakar kerang yang ditangkap .. seronok betul .. macam pesta makan kerang la pulak .. so sesapa yang ada masa bolehla join kita orang menangkap kerang di lain hari..