Monday, July 6, 2009

Bukit Bendera

Hari hari sabtu yang lalu kami semua termasuk Tokwan dan Atuk gi hantar Acu ke tempat praktikal dia di penang kat Menara BHL Jalan Sultan Ahmad Shah. Tak de la susah sangat nak cari tempat tu sebab dah awal 2 surf kat internet. siap dengan laluan basnya sekali....kami booking Hotel Malaysia kat dgn padang kota. maklumla nak dekat dgn tempat tu sebab nak try naik bas dari Feri .. sebab Acu belum dapat bilik lagi .. terpaksa la menumpang kat rumah pak Teh kat Kepala Batas P. Pinang. Apabila semuanya sattle ,, kami ajak tok wan naik bukit Bendera sebab dah dua kali tak sempat naik. Kami naik pukul 7.30pm. kalau tak naik entah bila nak naik lagi,, sebab dah janji dgn bebudak ni.. dia orang teruja sangat nak naik... sambil tu kami ambil lagi gambar tok wan dan Atuk berdua2an ...nampak bahagianya,....

ini masa kat atas bukit,, sejuk gak beb...
kami pun tak melepaskan peluang untuk merakamkan kenangan

Ini masa baru sampai.. amirul tu sibuk je nak ambil gambar sekali


Ni masa duduk dalam keretapi



Wah!!! romantiknya Tokwan dan Atuk..





Engineer Berjaya

Cuba lihat siapakah dia?.. inilah dia Engineer Amirul Aiman . Itulah angan-angan amirul disatu hari nanti. Gaya tu memang dah ada.

Tok wan jangan mare ye... Amirul pinjam sat safety helmet ni...




Sunday, June 28, 2009

Tengok Wayang Transformer


Transformer... itulah cerita yang Zaman ajak aku tengok... aku bersama wife aku ambik cuti pada 25/6/2009 semata-mata nak tengok wayang dengan kawan baik. Siap booking seat couple lagi tu ...maklumla sama-sama nak release tension... sambil mengimbas kembali sewaktu masih teruna & dara... best gak ... Ina sorry tak invite ko sekali ,, bulan depan kitaorang ajak ko ngan hubby ... lepas tengok wayang kitaorang gi makan kat Secret Recipe ..wah !!! makan sambil berborak kisah lama ... seronok beb.. Ina jangan jelous ye... lepas makan cadang nak melalak kat Red Box tapi tak jadi sebab kena tempah sampai 3 jam ... waktu dah tak mengizinkan... nanti lupa lak anak kat rumah ... so apalagi kitaorang pun balik la.. buat kengkawan yang nak join kitaorang melalak hujung bulan ni boleh lah menelefon Zaman di talian yang telah kalian semua ketahui...


Cuba teka siapakah pasangan di bawah ini, yang takde rambut tu macam kenal je... lajunya dia berjalan.. dah tak sabar nak tengok transformer

Pandai2 Zaman ambil photo curi .. tapi menarik shoot dia ..

Dah lama tak ambil gambar berdua.. macam malu2la pulak



Ni waktu makan kat Secret Recepi







Friday, June 5, 2009

Amirul & Cuti Sekolah

Cuti sekolah kini bermula.. kami sekeluarga tiada apa2 planning cuma pak Ngah & mak Ngah amirul ada jemput kami sekeluarga gi makan kenduri kat rumah dia di Sungai Petani Kedah. Kami pun bertolak la pada hari sabtu pagi lebih kurang kul 7.00 pagi , bukan apa nanti takut jem pulak kat atas highway. lepas kenduri , atuk Mirul ajak pulak kami gi penang.. so apa lagi seronok la amirul dan aina sebab leh naik ferri .. cadang sampai penang nak bawak bebudak ni naik keretapi ke bukit Bendera namun hajat tak kesampaian kerana tiket dah habis, maklumla cuti sekolah,, sebelum balik kami semua pekena pasembor kat padang kota.. ala macam biasa la kalu tak kena memang tak sah.. Kami semua balik ke Klang pada hari rabu. Atuk Kedah pun ikit sekali


Amirul pekena Nasi Pataya.. nasi kesukaannya, wah!!! sedapnya

View tempat makan kat padang kota

Aina order air kelapa je.. nasi dia tak nak makan



Atuk pun dah tak tahan,,, laparnya

tengok tu anis pekena ais Lay Chee kang dengan bibik






Tuesday, June 2, 2009

Makan Steamboat dengan Keluarga Cikgu Normela

Hari tu kami sekeluarga gi Teluk Batik Resort, itu pun pasal ambil Mama balik dari kursus. kiranya mama ambil 1 bilik Extra untuk kami,, kat sana tak tau nak buat apa, lagi pun time tu sambutan Hari Guru, jadi aku SMS la cikgu Mela kat Manjung.. dia kata dia ada kat rumah, dia ajak aku & family datang rumah, nanti dia belanja kami makan steamboat kat manjung,,,tempat baru katakan.. kat sini aku sempat la ambil sedikit gambar steamboat kat kedai tu

Yang ni, Dalam mangkuk aku punya

Ambil pakej RM 40.00 itu pun jenuh nak habiskan

Pn Normela & Anak

Salam buat kengkawan semua...

Hari tu aku & Family jumpa Cikgu Normela ,, terkejut gak aku tengok dia dah dapat anak baru, baru 1 tahun lebih ,, Alhamdullillah dapat juga cikgu kesayangan kita zuriat... anak2 muridnya semuanya advance2 belaka.. disini aku sempatlah ambil gambar anak dia untuk tatapan semua..


Comel tak anak dia? Nama dia aku lupa daaa..a Muka macam mak dia je.. ala2 macam orang cina je...

Buasnya dia, tak larat cikgu nak jaga


Wajah terkini cikgu Mela, nampak macam dulu je.. tak berubah pun




Monday, June 1, 2009

Bercuti di Teluk Batik Resort

Cuti Sekolah hampir bermula... namun aku dah bawa anak2 aku gi bercuti di Teluk Batik Resort, Teluk Batik.. Kami tak planning pun nak gi.. itu pun last minute... tiada preperation pun.. duduk kat sana 2 hari 2 malam .. tempat dia best gak .. berhadapan dataran teluk batik.. pantai dia tak berubah pun, macam dulu gak cantiknya. antara gambar yang sempat aku ambil ialah :



Ni masa mandi kat kolam mandi hotel
Anis seronok mandi kat kolam, maklumlah ini kali pertama

Mana Mama ni,,, aku takut laaa...mandi sorang2


Meh sini..akak tolong tolakkan .. baru laju sikit

salah satu view kolam kat hotel

Pedih mata la mama, Air laut ni masin sangat....

Anak2 ayah & mama seronok mandi kat pantai teluk Batik







Sunday, May 3, 2009

Amirul Aiman Dan Sekolah



Dah masuk 5 bulan Amirul bersekolah di tahun satu Sek. Keb Sungai Kapar Indah, Kapar Klang .. Alhamdullillah masa peperiksaan untuk menentukan kelas,, amirul telah berjaya menduduki kelas 1C. itu petanda yang agak baik,, terhindar daripada memasuki 1B iaitu kelas pemulihan bagi kanak-kanak yang kurang pintar ... namun di kelas dia asyik kena buli je,, boleh dikatakan hari2 bawa pencil box baru, pensel baru ,pemadam baru dan pengasah baru,, asyik hilang je... dia kata kawan dia ambil.. baru2 ni beg duit spideman dia pulak hilang ,, nasib baik kita orang bagi dia RM 2 saje satu hari... jam tangan dah 2 kali beli dan semuanya hilang.. itu waktu sekolah pagi .. kat kelas KAFA pulak asyik kena paw ke dengan kengkawan asyik minta duit kat dia .. kasut pulak pernah tertukar sebelah dengan orang lain..kalu sama saiz takpe gak.. tapi nak buat macam mana budak2. kita orang malas nak ambil kisah sangat, takut2 amirul yang cuai... tapi kita orang nasihat gak kat dia agar berani sikit.... Kini tinggal 7 bulan lagi untuk mengakhiri tahun 2009.. harap2 amirul berjaya mendapat keputusan yang cemerlang .. Insyaallah..

Naik basikal didepan rumah

Ni anak ayah & mama yang pertama,, petang 2 lepas balik kelas KAFA tak penah lekat kat rumah. mesti main basikal dengan kengkawan dia.. nak dekat maghrib baru balik. itupun kengkadang aku jerit baru dia balik...
Ini pula Aina,, anak manja ayah le katakan .. asyik2 ayah..ayah nak ke jamban pun ayah ... sampai ni sekarang pun belum pandai naik gerek.. mungkin fobia kut.. hari tu dia bonceng 'Gerek' -bahasa orang utara untuk basikal. kaki dia masuk kat celah tayar .. apalagi meraung la.. dekat sebulan juga la baru baik lukanya,,, sejak hari tu dia dah takut nak bonceng gerek dgn aku tapi kalu naik motor no problem ... cepat je..

ni pulak Amira . baru belajaq nak naik gerek .. tapi masih dalam pengawasan jurulatih profesional.


Sunday, March 22, 2009

BERIADAH DI TAMAN TASIK SHAH ALAM


Tut chak!!! mama, ayah mai la main ngan amirul dan aina


Ayah !!! aina takut jangan la tinggi-tinggi..


Satu, dua, tiga sapa sampai dulu dia menang.




Berkelah di Lata Trolak Timur

Mai la joint kami mandi........

Pelahan-2 Ikhbar nanti jatuh.

Tolong! tolong! tolong!! saya nak lemas ni.....


Eh,eh,eh.... main pasir lak aina ngan syafiq ni.


Syok nya mandi sini. sejuk tau, sapa nak mandi leh la mai sini.




Sambutan Hari Jadi Nur Anis Amira 1 Tahun

Marilah kita baca doa sebelum makan kek,, Amin...

Janganlah kacau,, Amira dah tak sabar nak potong Kek ni...

Amira sambut harijadi dgn Mama, abang dan Kak Aina


Inilah kek Harijadi Amira



Thursday, February 5, 2009

percutian di Gloria Maris Resort Beserah Kuantan pada 27-29-12-2008

Tengah pilih keropok kat kemaman
Banyakke duit mama nak borong semua keropok tu?

Amirul Makan sampai menjilat jari


Makan Satar & otak-otak di kampung Geliga, Kemaman Terengganu