Sunday, May 3, 2009

Amirul Aiman Dan Sekolah



Dah masuk 5 bulan Amirul bersekolah di tahun satu Sek. Keb Sungai Kapar Indah, Kapar Klang .. Alhamdullillah masa peperiksaan untuk menentukan kelas,, amirul telah berjaya menduduki kelas 1C. itu petanda yang agak baik,, terhindar daripada memasuki 1B iaitu kelas pemulihan bagi kanak-kanak yang kurang pintar ... namun di kelas dia asyik kena buli je,, boleh dikatakan hari2 bawa pencil box baru, pensel baru ,pemadam baru dan pengasah baru,, asyik hilang je... dia kata kawan dia ambil.. baru2 ni beg duit spideman dia pulak hilang ,, nasib baik kita orang bagi dia RM 2 saje satu hari... jam tangan dah 2 kali beli dan semuanya hilang.. itu waktu sekolah pagi .. kat kelas KAFA pulak asyik kena paw ke dengan kengkawan asyik minta duit kat dia .. kasut pulak pernah tertukar sebelah dengan orang lain..kalu sama saiz takpe gak.. tapi nak buat macam mana budak2. kita orang malas nak ambil kisah sangat, takut2 amirul yang cuai... tapi kita orang nasihat gak kat dia agar berani sikit.... Kini tinggal 7 bulan lagi untuk mengakhiri tahun 2009.. harap2 amirul berjaya mendapat keputusan yang cemerlang .. Insyaallah..

Naik basikal didepan rumah

Ni anak ayah & mama yang pertama,, petang 2 lepas balik kelas KAFA tak penah lekat kat rumah. mesti main basikal dengan kengkawan dia.. nak dekat maghrib baru balik. itupun kengkadang aku jerit baru dia balik...
Ini pula Aina,, anak manja ayah le katakan .. asyik2 ayah..ayah nak ke jamban pun ayah ... sampai ni sekarang pun belum pandai naik gerek.. mungkin fobia kut.. hari tu dia bonceng 'Gerek' -bahasa orang utara untuk basikal. kaki dia masuk kat celah tayar .. apalagi meraung la.. dekat sebulan juga la baru baik lukanya,,, sejak hari tu dia dah takut nak bonceng gerek dgn aku tapi kalu naik motor no problem ... cepat je..

ni pulak Amira . baru belajaq nak naik gerek .. tapi masih dalam pengawasan jurulatih profesional.