Sunday, June 28, 2009

Tengok Wayang Transformer


Transformer... itulah cerita yang Zaman ajak aku tengok... aku bersama wife aku ambik cuti pada 25/6/2009 semata-mata nak tengok wayang dengan kawan baik. Siap booking seat couple lagi tu ...maklumla sama-sama nak release tension... sambil mengimbas kembali sewaktu masih teruna & dara... best gak ... Ina sorry tak invite ko sekali ,, bulan depan kitaorang ajak ko ngan hubby ... lepas tengok wayang kitaorang gi makan kat Secret Recipe ..wah !!! makan sambil berborak kisah lama ... seronok beb.. Ina jangan jelous ye... lepas makan cadang nak melalak kat Red Box tapi tak jadi sebab kena tempah sampai 3 jam ... waktu dah tak mengizinkan... nanti lupa lak anak kat rumah ... so apalagi kitaorang pun balik la.. buat kengkawan yang nak join kitaorang melalak hujung bulan ni boleh lah menelefon Zaman di talian yang telah kalian semua ketahui...


Cuba teka siapakah pasangan di bawah ini, yang takde rambut tu macam kenal je... lajunya dia berjalan.. dah tak sabar nak tengok transformer

Pandai2 Zaman ambil photo curi .. tapi menarik shoot dia ..

Dah lama tak ambil gambar berdua.. macam malu2la pulak



Ni waktu makan kat Secret Recepi







Friday, June 5, 2009

Amirul & Cuti Sekolah

Cuti sekolah kini bermula.. kami sekeluarga tiada apa2 planning cuma pak Ngah & mak Ngah amirul ada jemput kami sekeluarga gi makan kenduri kat rumah dia di Sungai Petani Kedah. Kami pun bertolak la pada hari sabtu pagi lebih kurang kul 7.00 pagi , bukan apa nanti takut jem pulak kat atas highway. lepas kenduri , atuk Mirul ajak pulak kami gi penang.. so apa lagi seronok la amirul dan aina sebab leh naik ferri .. cadang sampai penang nak bawak bebudak ni naik keretapi ke bukit Bendera namun hajat tak kesampaian kerana tiket dah habis, maklumla cuti sekolah,, sebelum balik kami semua pekena pasembor kat padang kota.. ala macam biasa la kalu tak kena memang tak sah.. Kami semua balik ke Klang pada hari rabu. Atuk Kedah pun ikit sekali


Amirul pekena Nasi Pataya.. nasi kesukaannya, wah!!! sedapnya

View tempat makan kat padang kota

Aina order air kelapa je.. nasi dia tak nak makan



Atuk pun dah tak tahan,,, laparnya

tengok tu anis pekena ais Lay Chee kang dengan bibik






Tuesday, June 2, 2009

Makan Steamboat dengan Keluarga Cikgu Normela

Hari tu kami sekeluarga gi Teluk Batik Resort, itu pun pasal ambil Mama balik dari kursus. kiranya mama ambil 1 bilik Extra untuk kami,, kat sana tak tau nak buat apa, lagi pun time tu sambutan Hari Guru, jadi aku SMS la cikgu Mela kat Manjung.. dia kata dia ada kat rumah, dia ajak aku & family datang rumah, nanti dia belanja kami makan steamboat kat manjung,,,tempat baru katakan.. kat sini aku sempat la ambil sedikit gambar steamboat kat kedai tu

Yang ni, Dalam mangkuk aku punya

Ambil pakej RM 40.00 itu pun jenuh nak habiskan

Pn Normela & Anak

Salam buat kengkawan semua...

Hari tu aku & Family jumpa Cikgu Normela ,, terkejut gak aku tengok dia dah dapat anak baru, baru 1 tahun lebih ,, Alhamdullillah dapat juga cikgu kesayangan kita zuriat... anak2 muridnya semuanya advance2 belaka.. disini aku sempatlah ambil gambar anak dia untuk tatapan semua..


Comel tak anak dia? Nama dia aku lupa daaa..a Muka macam mak dia je.. ala2 macam orang cina je...

Buasnya dia, tak larat cikgu nak jaga


Wajah terkini cikgu Mela, nampak macam dulu je.. tak berubah pun




Monday, June 1, 2009

Bercuti di Teluk Batik Resort

Cuti Sekolah hampir bermula... namun aku dah bawa anak2 aku gi bercuti di Teluk Batik Resort, Teluk Batik.. Kami tak planning pun nak gi.. itu pun last minute... tiada preperation pun.. duduk kat sana 2 hari 2 malam .. tempat dia best gak .. berhadapan dataran teluk batik.. pantai dia tak berubah pun, macam dulu gak cantiknya. antara gambar yang sempat aku ambil ialah :



Ni masa mandi kat kolam mandi hotel
Anis seronok mandi kat kolam, maklumlah ini kali pertama

Mana Mama ni,,, aku takut laaa...mandi sorang2


Meh sini..akak tolong tolakkan .. baru laju sikit

salah satu view kolam kat hotel

Pedih mata la mama, Air laut ni masin sangat....

Anak2 ayah & mama seronok mandi kat pantai teluk Batik