Thursday, June 28, 2007

Berkunjung ke Zoo Negara 27/6/20007


Seronok gak gi Zoo negara, saja bawa anak-anak jalan2. asyik tengok binatang dalam buku je..
Yang adik berani je tengok binatang tapi yang abang takut pulak..kami terpaksalah ambik cuti pada 27/6/2007.. saja bawak anak jalan masa tu sebab takdela ramai sangat kaum.. siap boleh pilih nak naik kereta yang mana satu.. dia punya tiket RM15.00 bagi dewasa dan RM 6.00 bagi kanak2. Kalau kawan2 nak pegi situ bawakla bekalan,, air dalam tu mahal gak sekali ganda dari yang luar.. contohnya 100plus kat luar baru RM 1.70 tapi kat dalam RM 3.00. ni dia gambar aku, my wife and anak2 kat dalam zoo.

Monday, June 25, 2007

gambar aina pada 24/6/2007


Ini dia gambar anak ayah yang terbaru,, nuraina amira..ini posing kat rumah sebelum nak gi makan MC Donald kat seksyen 3. Dah besar pun, dah nak masuk 2 tahun.. dia punya jerit boleh tahan, boleh dengaq satu taman. tapi yang bestnya bila dengar suara aku pasti dia kelam kabut panggil ayah.. ayah..ayah..tu yang buat aku bertambah sayang kat dia.. anak ayahle katakan ..sekarang ni kalu nak gi jalan jalan dah kena bawah dia,, kalu tidak dia sound la satu taman.. kuat oi speaker dia...kalah jacklyn victor.














Sunday, June 24, 2007

Makan Mc Donald dgn keluarga roslina









ini gambar semasa makan dgn keluarga ini Roslina di Mc Donald di seksyen 3 Shah Alam


Monday, June 18, 2007

Aksi aina



Antara aksi aksi nuraina amira




Makan Mc Donald













Ni tengah makan Mc Donald di Jaya Jusco Klang

Aksi Ultraman










Lihatlah aksi ultraman dari amirul

Sunday, June 17, 2007

amirul pakai baju askar





Ini dia gambar amirul . Dia pakai baju askar pakcik dia..wah seronoknya dia.. tapi besar nanti dia kata nak jadi doktor tak nak jadi askar



Tuesday, June 5, 2007

Taman Rimba, Kedah







kami sekeluarga bercuti selama 1 minggu sebelum cuti sekolah (19/5/07 -27/05/07 ) ,,maklumla anak2 belum sekolah lagi, lagi pun nak hantar atuk diaorang gi umrah.. masa tu kat kedah panas pulak, jadi ayah bawa anak2 ayah gi taman rimba untuk main buaian dan papan gelongsor.. tempat tu best gak sebab banyak pokok besar, jadi tempat tu sentiasa redup je sambil tu kita orang pun pekena la roti pak arab dan chaw kuai teaw. tengok tu aina dan amirul seronok bermain ..

Gambar Terbaru Aina pakai Tudung










ini dia gambar anak dara ayah pakai tudung, comelnya.. hah tengok tu pakai tudung nabila pulak,, cantik tak

Makan kek



Ini bukan nak sambut hari jadi amirul tapi seminggu lepas kena operate dia nak makan kek aiskrim. maklum la time tu dia belum sembuh lagi dari operate, dia nak kek ais jugak, jadi ayah kena la beli jugak. tengok tu adik dia jelous pulak. kalau nak ikut hari jadi anak2 ayah ni lambat lagi 28 dan 29/9. beza 1 hari saja.. tu siap kena beli topeng ultraman lagi

Amirul masuk hospital






Pada 26/4/07 amirul masuk hospital, kena operate pulak tu,, kesian dia.. tonsilnya bengkak sebab tu boleh dikatakan tiap bulan di demam,, asyik berdehem saja, tekak dia gatal tapi selera makan dia ok je,, malam sebelum tu ( 25/4/07 )kami sekeluarga gi makan KFC kat pekan kapar maklumlah esok Amirul nak kena operate.. lepastu doktor kata 3 minggu tak boleh makan benda keras2 jadi sebelum operate kami bagi dia makan puas2 KFC. Pagi 26/04/07 jam 9.00pagi sampai kat Hospital DEMC, kena masuk wad menunggu dulu sebelum ke bilik bedah.. 100.00am amirul masuk bilik bedah dgn mama.. doktor bagi dia ubat bius biaq dia tidoq dulu.. kami pun tak senang duduk gak maklumla amirul sorang 2 kat dalam tu.. agak dekat kul 12.00 tgh amirul selamat kena bedah.. syukur alhamdulillah selamat juga... kena tahan dalam wad selama 1 hari aku tengok amirul dah boleh duduk cuma mulut dia sakit sikit dan telinga dia berdengung.. tapi yang bestnya dia boleh makan aiskrim selalu sebab doktor suruh makan benda2 yang sejuk bagi tempat luka tu cepat kecut.. aku tengok tonsil tu besarnya macam jantung ayam, ada dua pulak tu.. sekarang ni amirul dah baik, dah boleh berlari dan telinga dah tak berdengung lagi,, syukur alhamdulillah...