Ini masakan Ayah yang speacial sempena Hari jadi MAMA.. Paprik campur.. kos semuanya dianggarkan sebanyak RM 10.00... semuanya habis licin .. mungkin sedap kot..
Pada 13/11/08, kami berdua gi tengok wayang kat Cineleasure Damansara. Nak raikan hari jadi mama. tengok cerita james bond lagi tu.. Aku rasa dah lapan tahun aku tak masuk panggung wayang,, so kali ni mengimbas kenangan lama masa bercinta dulu.. MAMA.. SELAMAT HARI LAHIR.. Ayah sayang Mama.. lain kali mama belanja ayah pulak tengok wayang ye..
Tengah dok cari kat mana panggung wayang ,, Letihnya duduk lama kat dalam panggung,, penat beb..
Tak sabar nak tiup lilin kek, Hari jadi sapa ni haa...
Selamat Hari Jadi Mama, kami semua doakan semoga mama sihat sejahtera dan di panjangkan umur serta di murahkan rezeki ...ini kami sediakan bingkisan buat Mama yang tersayang
Rantai yang Ayah hadiahkan kat Mama,, cantik tak mama.....
Aina dah tak sabar nak nyanyi lagu birthday buat mama
Sekarang Nur Anis Amira dah masuk 9 bulan ,, dah pandai merangkak dah dia, laju pulak tu.. hari tu dah sekali jatuh katil .. nasib baik takde jadi apa,, cuma benjol sikit kat kepala je.. jadi kami sekeluarga pun ubah la kedudukan katil.. Amira kenala tidur kat bawah .. bukan apa, takut tengah malam dia jaga dan terus merangkak dan terjun kebawah je..
Hai saiful , tengah pikir nak tambah lagi satu ke..
Pada ahad lepas, kita orang sekeluarga kecuali Amira gi menghantar rombongan kahwin Anak Abang Alias Di Kancong Darat Selangor.. Orang jawa beb.. jadi menunya mestilah masakan jawa.. kami pergi Enam biji kereta, keluarga abang Hamzah, saiful, Abang Din dan beberapa orang daripada sebelah Abang Alias. Best gak kenduri kat sana .. nasib baik tak jumpa Datuk Misbun. maklumlah dah dekat dengan kampung dia... Semasa balik saiful beli buah durian .. ingatkan dia nak makan kat rumah tapi dia jamu kengkawan kat rumah Abang hamzah .. syok gak makan ramai...saiful nanti beli lagi ye durian banyak2.. nanti boleh buat jem durian ,, lempok durian dan bermacam 2 yang bersangkutan dgnnya.
Padahari sabtu yang lalu kami sekeluarga pergi ke majlis doa selamat dan cukur rambut anak abang dan di Taman Sepakat, Bukit Naga. Kak nas dah dapat Lima Orang Anak 3 perempuan dan 2 lelaki